Saturday 20 August 2011

Isu Pembesar Suara : Agenda DAP

Apa yang berlaku sebenarnya???

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang telah mengeluarkan arahan larangan bacaan Al-Quran guna pembesar suara pada waktu subuh mengikut laporan berita harian 12 Ogos 2011. Semua masjid dan surau di seluruh Pulau pinang mematuhi arahan tersebut seperti didalam surat pekeliling yang telah dikeluarkan oleh JHEIPP.


Kenapa arahan ini dikeluarkan????

Arahan menghentikan bacaan Al-Quran menggunakan pembesar suara pada waktu subuh kononnya dikatakan bercanggah dengan hukum syarak kerana boleh mengganggu orang yang berada di dalam dan di luar masjid. Arahan ini berikutan daripada mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri pada 7 April lalu dan surat pekeliling mengenai larangan sudah dikeluarkan pada 3 Ogos lalu dan diedarkan kepada semua jawatankuasa kariah masjid di Pulau Pinang.
Langkah Berani!!! PENGERUSI Kariah Masjid Padang Menora, Hamir Mahamud menunjukkan pekeliling JHEAIPP melarang bacaan al-Quran dengan menggunakan pembesar suara daripada masjid dan surau ketika ditemui di Padang Menora Tasek Gelugor.



Kenapa negeri lain tidak keluarkan fatwa yang sama kenapa majlis fatwa kebangsaaan tidak keluarkan fatwa yang sama. Adakah orang di negeri Pulau Pinang sahaja yang terganggu dengan bacaan Al-Quran ketika Subuh??? Bagaimana dengan orang kelantan?? orang Sabah?? orang kedah?? orang perak?? tidakkah mereka juga terganggu???? Bengong!!!

Kita semua tahu, dimana-mana tempat. Kebiasaan Al-Quran diperdengarkan sebelum masuk waktu subuh sebelum azan berkumandang. Bukan sahaja waktu subuh diperdengarkan bacaan Al-Quran, tetapi lain-lain waktu juga sperti sebelum waktu maghrib, Asar dan juga zohor. Mungkin kadang-kadang volume pembesar suara mereka terlalu tinggi sehingga mengganggu, Bukankah masalah tersebut boleh di selsesaikan dengan menegur jawatankuasa masjid dan mengadakan perbincangan dengan mereka supaya memperlahankan volume pembesar suara mereka???? Tepuk dada tanya diri!!!


Mufti Pulau Pinang Katakan sebelum ini, ianya bukanlah Fatwa tapi sebagai nasihat!!




Yang menjadi persoalan: Kenapa MUFTI tidak menasihati JHEIPP sebelum mengeluarkan ARAHAN??? Kenapa JHEIPP tidak menarik balik arahan tersebut?? Kenapa tidak mereka Menghormati orang ISLAM di Pulau Pinang??? INGATT!!! Jangan Kita bermain dengan api, takut akan memakan DIRI!!!


Beginilah fatwa terbaru Kerajaan Pulau Pinang yang diketuai oleh Tuan Guru LimGuanEng..



2 comments:

  1. memang bengong bro!!!! Toan Haje Lim Guan ENG???

    ReplyDelete
  2. Adakah kita masih ingin dipimpin oleh pemimpin yang 'lidah bercabang dua'??

    Rasanya kita perlu bertindak dan tidak berdiam diri kerana semakin hari Islam semakin dipinggirkan.

    ReplyDelete